
Sejajar dengan Fokus UiTM iaitu Globally Marketable, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah membangunkan sistem repositori Newspaper@UiTM yang memberi fokus kepada pengumpulan artikel surat khabar berkaitan UiTM. Tujuan utama pembangunan sistem repositori Newspaper@UiTM ini adalah untuk memantapkan pengumpulan surat khabar UiTM secara bersepadu agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penggunaan bahan perpustakaan melalui penyediaan bahan keratan surat akhbar UiTM.
Skop utama Newspaper@UiTM meliputi artikel surat khabar mengenai UiTM merangkumi berita semasa, rencana dan program yang ditulis oleh warga UiTM atau lain-lain individu dan organisasi luar UiTM. Selain itu, artikel penulisan yang dihasilkan oleh warga UiTM sama ada staf akademik, staf pentadbiran atau pelajar UITM. Pembangunan kandungan Newspaper@UiTM dikategorikan dalam paparan Latest News, Top Writers, Archive, Highlighted UiTM Articles dan UiTM Articles agar dapat memenuhi keperluan maklumat UiTM bagi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
Berita Terkini
- Reformasi institusi perlu pendekatan baharu, berakar realiti tempatan
- Webinar Pengurusan Transformasi Digital Berjaya Dijalankan di UiTM Cawangan Selangor
- Bengkel Imaginasi Seni bersama Pelajar SK Puncak Perdana
- Karnival Hari Bertemu Pelanggan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana
- Persatuan IDEAS Anjurkan ‘ID SPORT’ bagi Memupuk Semangat Kesukanan Mahasiswa
- Bengkel Pensijilan EMGS: Memperkukuh Kecekapan Pengurusan Tenaga Di UiTM
- Bengkel Pelan Strategik 2025 UiTM Cawangan Selangor: Menerajui Kecemerlangan Masa Depan
- UiTM Cawangan Selangor Perkukuh Kerjasama ke Mesyuarat Lembaga Tadbir Masjid Puncak Alam
- Sertai Tvet Seawal Mungkin Untuk Masa Hadapan Lebih Baik
- Manfaat media sosial untuk nyalakan semangat patriotik
