Shah Alam, 10 Februari 2025 | 11 Syaaban 1446H – Seramai 31 orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyertai Bengkel Penulisan Buku Perpustakaan UiTM, yang menghimpunkan pakar dalam bidang perkhidmatan perpustakaan akademik.
Bengkel ini bertujuan untuk mendokumentasikan pengalaman, pencapaian serta amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan akademik, sekaligus memberikan manfaat yang signifikan kepada komuniti dan profesion pustakawan di Malaysia.
Buku yang bakal diterbitkan ini mengandungi 13 bab utama, yang merangkumi fungsi, strategi, serta analisa perkhidmatan Perpustakaan UiTM. Ia dijangka menjadi rujukan penting dalam bidang kepustakawanan, selain memperkukuhkan peranan perpustakaan akademik dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.
Melalui inisiatif ini, UiTM terus memperkasakan pembangunan ilmu dan profesionalisme pustakawan, sejajar dengan evolusi teknologi maklumat serta keperluan pembelajaran era digital.