Library News

Jaringan Kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

6 Mac 2025 | 5 Ramadan 1446H

SHAH ALAM – Satu lawatan dan sesi perbincangan strategik antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah diadakan pagi tadi bagi membincangkan kerjasama dalam satu projek yang bakal dijalankan dalam masa terdekat.

Perbincangan ini melibatkan delegasi dari MyIPO yang diwakili oleh Encik Mohamad Rahimi Arafpin, seorang alumni Fakulti Undang-Undang UiTM, serta Encik Zulhilmi Aizat Ahmad Jaffri. Sementara itu, PTAR diketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Encik Ahmad Amiri bin Mohamad.

Kerjasama strategik ini dijangka dapat membuka peluang kepada pelajar dan penyelidik UiTM untuk mendapatkan akses yang lebih luas kepada maklumat berkaitan harta intelek serta memperkukuhkan pemahaman mengenai perlindungan hak cipta, paten, dan tanda dagangan.

Selain itu, inisiatif ini turut memberi manfaat kepada komuniti, khususnya golongan kurang upaya, dengan menyediakan sumber rujukan yang lebih inklusif serta perkhidmatan perpustakaan yang mesra pengguna.

Pihak PTAR dan MyIPO berharap jalinan ini akan membawa impak positif dalam meningkatkan kesedaran dan literasi harta intelek di kalangan warga UiTM dan masyarakat umum.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.