Segamat, 10 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor telah menganjurkan sesi perkongsian mengenai Sistem Perpustakaan Sekolah Menengah Sains Segamat yang dibangunkan oleh Encik Isma Ishak, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor. Sesi ini diadakan secara atas talian melalui Google Meet dan bertujuan untuk memudahkan pengurusan bahan bacaan serta peminjaman buku bagi 529 pelajar sekolah tersebut.
Dalam sesi yang berlangsung selama dua jam ini, Encik Isma Ishak menerangkan ciri-ciri serta kelebihan sistem yang dibangunkan, termasuk bagaimana ia dapat meningkatkan kecekapan pusat sumber sekolah. Sesi ini turut dihadiri oleh semua warga PTDI, yang berpeluang berdiskusi dan bertanya soalan bagi memahami lebih lanjut tentang penggunaannya.
Secara keseluruhan, sesi perkongsian ini memberikan pendedahan yang berguna mengenai inovasi dalam pengurusan perpustakaan sekolah. PTDI mengucapkan terima kasih kepada Encik Isma Ishak atas perkongsian ilmu yang bermanfaat ini dan berharap lebih banyak sesi seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan.
Hebahan media sosial : media sosial