Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Pulau Pinang mengalu-alukan warga universiti dan komuniti luar untuk bersama-sama menyumbang kepada TABUNG SUMBANGAN WANG TUNAI UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN serendah RM1.00.
Tujuan utama SUMBANGAN ini adalah bagi membiayai pembelian buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan elektronik serta digital bagi kegunaan pengguna perpustakaan.
Sumbangan boleh dibuat menerusi 2 kaedah berikut:
- GIVING@UiTM (staf UiTM dan komuniti luar)
- PEMOTONGAN GAJI (staf UiTM)
Setiap penyumbang layak untuk mendapat potongan cukai sebagaimana peruntukan di bawah SUBSEKSYEN 44(8) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 HADIAH UNTUK KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN.
Segala perhatian serta sumbangan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.