Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SEMINAR TEKAD: TEMPAT KERJA BEBAS DADAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Salam Sejahtera

YBhg. Datuk / Dato / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pinang, kami dengan sukacitanya ingin menjemput semua warga UiTM Cawangan Pinang untuk menyertai SEMINAR TEKAD: TEMPAT KERJA BEBAS DADAH yang akan diadakan pada:

Tarikh: Ruang LCE, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Pulau Pinang
Masa: 8:00 Pagi - 1:00 Petang
Tarikh : 25 Julai 2024 (Hari Khamis)

Anjuran bersama AADK Negeri Pulau Pinang dan PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, dengan kerjasama Bahagian PJIM&A, Bahagian HEP & Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Tujuan seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan dadah di tempat kerja dan cara-cara untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bebas dari pengaruh dadah.

Seminar ini juga akan memberikan panduan praktikal dan sokongan untuk membantu individu dan organisasi dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.

Kami percaya bahawa kehadiran anda akan memberikan impak yang besar dalam usaha kita bersama untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan produktif.

Untuk pendaftaran, sila klik pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdXcs9NsZXvkDeDzHalx30j-6v5krfbHPBMz5Nq4K3leYQUCw/viewform

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Koordinator ICAN, Ts Dr Adi Izhar.

Kami amat menghargai sokongan dan penyertaan anda dalam usaha murni ini.

Bagi yang menyertai seminar ini, log latihan & sjil eKehadiran akan disediakan.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang menjalankan amanah,

INDUSTRY COMMUNITY ALUMNI NETWORK UNIT (ICAN)
BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT & ALUMNI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG 
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG

© 2015 COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0