Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hari Arkib Antarabangsa

Mesyuarat Agung Tahunan International Council on Archives (ICA) 2007 telah menetapkan bahawa 9 Jun sebagai Hari Arkib Antarabangsa. Tarikh itu dipilih untuk memperingati tarikh ICA diwujudkan di bawah naungan UNESCO pada tahun 1948. Sambutan Hari Arkib Antarabangsa ini disambut bagi meraikan dan menyatukan profesional serta komuniti arkib dengan semangat bahawa nilai arkib harus dipromosikan di peringkat antarabangsa serta komuniti arkib turut memainkan peranan penting dalam akauntabiliti, ketelusan, demokrasi, warisan, sejarah dan masyarakat. Mulai tahun ini sambutan Hari Arkib Antarabangsa akan diadakan buat pertama kali di UiTM dan diharapkan akan menjadi program tahunan dalam kalender utama UiTM.

Objektif  program adalah:

  • Meningkatkan kesedaran warga universiti tentang kepentingan rekod dan arkib;
  • Meningkatkan kesedaran di kalangan pengurusan kanan tentang faedah pengurusan rekod untuk tadbir urus dan pembangunan yang baik;
  • Meningkatkan pemahaman warga UiTM tentang keperluan pemeliharaan dan akses arkib jangka panjang;
  • Mempamerkan dokumen unik, luar biasa dan jarang dijumpai yang tersimpan di institusi arkib; dan
  • Memajukan imej rekod dan arkib untuk meningkatkan ketampakan mereka di peringkat kebangsaaan dan global.

maklumat lanjut : https://archive.uitm.edu.my/hariarkib/

Tags:
© 2015 COPYRIGHT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK 2022.
Today Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0
This Year Visitor
Users 0
Sessions 0
Pageviews 0