Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Bersempena sambutan Hari Jururawat Sedunia 2023, Program Kejururawatan FSK dengan kerjasama PeNSA dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berbesar hati menganjurkan Program Saringan Kesihatan terbuka kepada seluruh warga UiTM Kampus Bertam.
Maklumat program adalah seperti berikut:
✅Tarikh: 9/6/2023 (Jumaat)
✅Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
✅Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Bertam
✅ Pautan Facebook: https://www.facebook.com/perpustakaan.bertam?mibextid=ZbWKwL
Antara aktiviti yang akan dijalankan:
🩺Pemeriksaan tekanan darah dan nadi
🩸Pemeriksaan paras gula dalam darah (terhad kepada 50 orang)
⚖️Pemeriksaan BMI
🔎Demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara (BSE)
📋Ujian Saringan Kesihatan Mental
🩸Program Derma Darah
📚Juga terdapat kaunter promosi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PTAR
🔊Semua pemeriksaan dan perkhidmatan adalah PERCUMA!! Jangan lepaskan peluang berharga ini. Jumpa anda di sana!!
#ournursesourfuture
#HS110
#FSK
#PeNSA
#PTAR